Wednesday, May 12, 2010

Solat dan Lima Jenis Manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain..

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
Posted by Ferdy at 12:58 AM 0 comments
Labels: solat, tazkirah
Sunday, December 27, 2009
Jangan.. Jangan.. Jangan..
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan....
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Nasihat Maulana Saad

Nasihat Maulana Muhammad Saad
Ilmu dan amal yg tidak ada dengan perantaraan dakwah akan menjadi adat dan ilmu yg diperolehi secara adat akan menjadi perantaraan untuk mencari duit…Ilmu ada dua(jenis) iaitu ilmu di lidah dan ilmu di hati…Ilmu maklumat sahaja tidak cukup…Duduk dalam bayan untuk dapat maklumat, maka kita tidak akan dapat apa2…Ilmu adalah sepertimana yg dikatakan oleh Nabi Khidir as kepada Nabi Musa as ” Carilah olehmu ilmu yg dapat kamu amal”…Ilmu ialah apa (perintah) yg Allah kehendaki ke atas saya…Oleh itu, dalam majlis bayan kita perlu dengar dengan penuh tumpuan bagi menambah yakin kepada Allah Taala dan dengan niat untuk amalkan atau islah diri kita serta menyampaikannya kepada org lain…

Dakwah ialah untuk diri kita, dengan ini kita akan istiqamah…Pintu taubat sentiasa terbuka, kita dakwah org lain untuk diri kita…Keistimewaan dakwah adalah ia akan membina yakin ( ilallah) org yg memberi dakwah…Memberi amaran kepada org lain, org itu tidak akan dapat manfaat tetapi org yg memberi dakwah akan mendapat kesan…Org yg istiqamah (dalam usaha) akan maju dalam membuat usaha… Mereka yg membuat usaha agama dengan tidak faham, akan mendatangkan musibah dan mereka yg membuat usaha agama kerana dunia juga akan mendapat musibah…

Maulana Ilyas rah.a berkata terdapat dua golongan org yg membuat usaha usaha tabligh(iaitu) :

1)Mereka yg keluar di jalan Allah untuk menyelesaikan masalah hutang /sakit /kesusahan…Org yg seperti ini tidak akan istiqamah (dalam usaha)…

2)Mereka yg keluar di jalan Allah (kerana menganggap)itu adalah perintah Allah Taala…Org seperti ini akan istiqamah dalam membuat kerja dan akan mendapat tarbiyyah dan maju (dalam usaha)…

Jalan semua anbiya alaihimussholatu wassalam ialah dakwah… Setiap nabi permulaan usahanya ialah dakwah kalimah tayyibah… Dalam dakwah nabi saw, ada dua golongan( yg menjadi medan) iaitu org yg telah sedia menerima Islam dan golongan yg masih belum menerima Islam… Hari ini salah faham di kalangan ummat, dakwah iman bukan untuk org yg telah beriman… Dakwah iman sebenarnya ialah untuk org2 yg telah beriman…Ini adalah sepertimana difirmankan Allah ” Wahai org2 yg beriman, berimanlah kamu….” .. Manakala untuk org yg masih tidak beriman Allah telah berfirman (mafhumnya)” Berimanlah kamu sebagaimana sahabat beriman “… Nabi saw berkata sahabat adalah seperti bintang2 di langit, barangsiapa yg mengikut salah satu daripada mereka pasti akan berjaya…Hari ini dakwah iman di kalangan org2 islam telah keluar di kalangan org2 Islam…

Dengan dakwah akan wujud iman, dengan iman akan datangnya ihtisab (yakin yg betul dengan janji2 Allah), dengan ihtisab akan menyebabkan seseorang itu dapat beramal… apabila iman lemah, ihtisab akan menjadi lemah dan amal akan menyebabkan tumbuhnya riak…Para sahabat rahum berkata kami belajar iman dahulu baru belajar al Quran… Para sahabat rahum belajar al Quran untuk memasukkan perintah2 Allah dalam kehidupan mereka… Hari ini ummat membaca al Quran untuk al-faz… (satu ketika) Dalam majlis nabis aw, ada seorang sahabat ra telah mengumpat… Nabi saw bersabda kepadanya ” Kamu tidak beriman dengan al Quran..” … Sahabat ra itu berkata, Sesungguhnya saya beriman dengan al quran ya Nabiyyullah… Nabi saw memberitahunya, org yg beriman dengan al Quran akan menjauhkan dirinya daripada larangan al Quran…

Rasulullah saw yg mulia pernah bersabda (mafhumnya), perbaharuilah iman kamu dengan memperbanyakkan dakwah kalimah dan bukan hanya dengan zikir kalimah… Untuk yakin pada diri kita dan untuk dapat ikhlas dalam kalimah iman, kita perlu buat dua kerja iaitu:

1) Bercakap nama dan zat kebesaran Allah
2) Bercakap nizam Allah yg ghaib

Dakwah kita perlu menafikan benda yg tidak nampak dan dakwah ghairullah… Tanpa kita keluarkan yakin kepada ciptaan Allah barulah kita akan dapat yakin qudratullah…Maulana Yusuf rah.a berkata, asbab2 dijadikan Allah supaya manusia dapat mengenal Allah Taala… Allah jadikan langit dan bumi, binatang dan seluruh ciptaan Allah untuk manusia ini kenal (kekuasaan) Allah…Di samping itu, Allah Taala telah hantar nabi2 alaihimussholatu wassalam di kalangan ummat untuk memperkenalkan ummat kepada Allah Taala… Seterusnya dalam menguruskan nizamNya, nizam ini akan diubah2 supaya tawajjuh manusia dalam semua keadaan hanya pada Allah…

Tanpa dakwah kehidupan org2 Islam dengan org bukan Islam (menjadi) sama sahaja, malahan kehidupan org2 Islam akan bersatu dengan kehidupan org2 bukan Islam… Org yg membuat dakwah akan mendapat nusrah Allah terus menerus… Qudrat Allah akan membantu org2 yg beriman supaya iman yakin mereka tidak rosak… Jika sangkaan org itu kepada Allah lemah, bantuan Allah tidak akan bersama2 dengannya… Abu Darda ra berdoa dengan penuh yakin kepada (janji) Allah dan apabila kebakaran berlaku, rumahnya tidak terbakar.Untuk mendapat bantuan Allah terus daripada qudratNya, kita perlu bersangka baik kepada Allah kerana Allah bertindak atas sangkaan manusia… Seterusnya dalam beribadah kita perlu ada sifat taat… Ibadah dan taat berjalan seiring dan tidak boleh dipisahkan… Abi bin Hatim ra dahulunya adalah seorang Nasrani dan kemudiannya telah memeluk Islam… Beliau ra telah bertanya kepada Rasulullah saw, mengapa terdapat firman Allah dalam al Quran yg mengatakan mereka telah menjadikan paderi2 mereka sebagai rob mereka… Rasulullah saw bersabda mafhumnya kamu dikatakan beribadah kepada paderi2 kamu kerana apabila mereka mengeluarkan sesuatu hukum( menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal) maka kamu ikut, itulah sebabnya kamu dikatakan menjadikan paderi2 sebagai Tuhan kamu…Usaha tabligh biasanya mengadakan majlis2 iman iaitu bercakap keesaan Allah (wahdaniyyah)… Dengan banyak bercakap tentang wahdaniyyah, kita akan putus daripada (yakin dan harap kepada) ghairullah… melalui dakwah kita akan dapat ma’rifah daripada qudrat Allah… Ibnu Mas’ud ra ingin memberi tanah kepada seorang sahabah ra, tetapi ia berkata ia tidak memerlukannya… Kata Ibnu Mas’ud ra, kalau begitu ambillah tanah itu untuk bekalan anak2 kamu… Sahabah ra ini telah menjawab, ini juga tidak perlu sebab ia telah mengajar anak2nya ( istiqamah)membaca surah al Waqi’ah…Mengambil ubat ketika sakit adalah sunnah nabi saw, tetapi sebelum makan ubat hendaklah kita memberi sadaqah, kerana sadaqah itu menjauhkan kita daripada bala musibah… hari ini org2 mengambil insuran untuk melindungi masa depannya… Nabi saw ada bersabda mafhumnya, barangsiapa yg yakin selain daripada Allah, Allah akan menyerahkannya kepada apa yg diyakininya… Asbab yg ada kita gunakan kerana ini adalah perintah Allah tetapi janganlah kita gunakannya dengan yakin (bahawa ia boleh memberi mudharat atau manfaat)… dengan amal akan datang bantuan Allah Taala… Org Islam hari ini berniaga tetapi hutangnya lebih banyak daripada barang2 dalam kedainya…Qudrat Allah hanya ada pada zat Allah yg Maha Besar… Maulana yusuf rah.a berkata, apabila kita tidak yakin dengan amal, kita akan bertindak dengan perkara yg haram… Oleh itu, dalam asbabnya tidak ada barakah kerana asas asbabnya adalah daripada sumber yg haram… dan doa org yg seperti ini tidak akan diterima Allah… (Berlakunya perkara) haram dalam asbab kerana kita yakin dengan asbab, kita tidak yakin dengan amal… Allah mengadakan asbab untuk menguji iman manusia…

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menunaikan keperluan manusia tanpa asbab kerana Allah Taala Maha Berkuasa atas segala2nya.Org2 yg beriman akan diuji oleh Allah Taala sebagaimana org2 yg terdahulu kerana Allah hendak mendengar(melihat) siapa yg benar siapa yg dusta… Allah perintahkan manusia gunakan asbab (adalah) untuk ujian (atas iman)… Untuk mendapat (manfaat) daripada qudrat Allah, hanyalah melalui perantaraan amal, bukan asbab… Untuk org2 yg beriman, perintah2 Allah adalah amal untuk mendapat manfaat daripada zat Allah… Kita jangan berpuas hati dengan asbab kerana segala asbab Allah jadikan untuk kepuasan org2 kafir… Kita akan berjaya dalam pertentangan dengan org2 kafir dengan adanya perantaraan amal… Qudrat Allah akan bersama2 amal… Allah telah tenangkan nabi saw, janganlah kamu susah hati dengan apa yg diperolehi oleh org2 kafir… Janganlah bimbang walaupun mereka berkumpul beramai2, dan janganlah kamu takut kerana sebenarnya hati2 mereka itu berpecah…Dalam membuat amal, kita perlu ada sifat sabar kerana Allah telah memerintahkan kita untuk bersabar, solah dan doa… Keburukan amal tidak boleh diselesaikan dengan ibadah semata-mata

Apakah itu sabar? Iaitu menunaikan perintah2 Allah bertentangan dengan keadaan dan kehendak nafsu kita… Amal puasa itu sebenarnya melakukan perkara yg bertentangan dengan nafsu… Ganjaran untuk sabar adalah syurga… Allah beri kita keinginan untuk tidur dan dalam tidur Allah letakkan perintah (atau amal) bangun malam (tahajjud)… Nabi Musa as telah tanya Allah Taala, adakah Ia tidak tidur? Allah telah perintahkan Musa as pegang dua biji gelas, ternyata ia tertidur dan gelasnya jatuh pecah… Allah berfirman kepada Musa as, jika Allah Taala tidur nescaya apa yg ada seisi dunia ini akan hancur.

Aishah r.ha mencari waktu panas yg terik untuk berpuasa dan ia bermimpi dapat minum air daripada telaga kautsar… Setelah itu ia tidak lagi merasa dahaga sampai bila2… Hari ini, org2 Islam dianiaya dan kita perlu sabar iaitu sabar dengan taqwa… Bersabar tanpa taqwa itulah dinamakan pengecut… Org2 musyrikin yg tidak yakin dengan Allah Taala, berkata org2 Islam akan sentiasa memenangi semua peperangan kerana yakin dalam amal soleh iaitu perintah2 Allah yg mana menyukakan Allah…Doa tidak akan diterima jika tiada taqwa… Aus bin Malik ra telah ditangkap oleh musyrikin Quraish dan telah diikat dengan kulit yg susah hendak lepas… Nabi saw beritahu kepadanya, bacalah ‘lahawlawala quwwata illa billahi ‘ dan (setelah membacanya) tali2 yg mengikatnya telah terputus… Di luar kurungan ada seekor unta, ia telah menunggangnya, dan di hadapannya ada berpuluh2 ekor unta milik musuh… Ia menunjuk tangannya kepada unta2 itu dan unta2 itu mengikutnya sampai ke rumah…

Dalam hadith nabi saw(mafhumnya), barangsiapa yg banyak membaca lahawlawala quwwata illa billahi, Allah Taala akan menutup 99 musibah dan yg paling kecil ialah kebimbangan…Ramai org yg bersolah tetapi imannya tidak betul kerana ia tidak yakin dengan amal solah boleh selesaikan masalah2 sebaliknya ia lebih yakin dengan perkara yg tidak ada janji2 Allah Taala… Mereka berjumpa ahli2 nujum(atau sihir) untuk selesaikan masalah2… Syaitan laknatullah pun mengajar Muaz ra, jika seseorang membaca ayatul Kursi tiga kali, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya… Muaz ra telah tanya nabi saw mengenai org yg mengajarkannya fadhilah ayatul kursi itu… Nabi saw bersabda (mafhumnya) itulah syaitan kerana syaitan juga yakin dengan perintah2 Allah tetapi tidak mahu amal perintah2 Allah…Ada org jumpa saya untuk minta tangkal, saya telah tanya balik adakah kamu tidak solah… Abdullah bin Mas’ud ra telah sakit mata dan ada seorang wanita yahudi memakai tangkal dan sakit matanya hilang.. Kata beliau, jangan masukkan amalan syirik dalam diri saya… Org yg sakit mata, syaitan telah letakkan tangannya pada org itu dan Abdullah Mas’ud telah ajar doa yg ditunjukkan oleh nabi saw…Kejayaan kita adalah dengan menunaikan perintah2 Allah dalam setiap keadaan (dan masa)… Allah Taala mewujudkan hajat supaya kita menunaikan perintah Allah dalam semua keadaan… Allah perintahkan kita mengamalkan keseluruhan agamanya dengan yakin… Tanpa iman, seseorang itu tidak dapat mengamalkan agama dengan istiqamah… Ummat Islam hari ini mengamalkan agama mengikut suasana… Solah lima waktu berat baginya tetapi ia sanggup untuk tidak tidur sepanjang malam supaya hajatnya tertunai… (Maksud)agama bukan untuk barakah… Org akan keluar ke jalan Allah bila masalahnya selesai… Org seperti ini tidak akan istiqamah keluar di jalan Allah..Maksud kita mengamalkan agama adalah untuk membina iman yakin yg betul pada zat dan kebesaran serta kekuasaan Allah dalam diri kita… Siapa yg hendakkan dunia, Allah Taala akan beri dunia pada mereka tetapi bagi mereka tidak ada apa2 bahagian pun dalam kehidupan akhirat nanti… Oleh itu kita perlu bergerak untuk hidupkan agama di kalangan ummat… Kita perlu usahakan setiap org Islam datang kepada kerja kenabian nabi… Dakwah adalah untuk islah diri sendiri… Apabila kita dakwah amal ma’ruf, maka Allah Taala akan memberi kekuatan untuk beramal ma’ruf… Ummat ini telah tinggalkan kerja amar ma’ruf nahi munkar kerana menganggap dakwah adalah untuk org lain… Syaitan telah wujudkan was2 dalam hati org2 Islam yg berdosa… Kamu sendiri tidak melakukan amal soleh, mengapa kamu dakwahkan org kepada kebajikan sedangkan kamu sendiri tidak beramal dengannya… (Org ini akan tertanya2) Adakah saya perlu dakwah sedangkan saya tidak beramal… Seseorang itu perlu mendakwahkan amal soleh walaupun ia belum beramal dengan sesuatu perkara…

(Dipetik daripada Bayan Subuh: Mesyuarat Malaysia oleh: Maulana Muhammad Saad Kandahlawi-Sept 2003)

fikir dan risau

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS,

"Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah SWT".

Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman,

"Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam".

Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS,

"Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurga-Ku yang paling tinggi".

Pengajarannya:

Kita semua adalah satu umat dan setiap kita dipertanggungjawabkan ke atas umat. Kita perlu fikir dan risau pada diri kita, kedua ibubapa kita, adik beradik kita, orang kampung kita dan seluruh umat agar semua dpt hidayat. Dalam doa kita perlu utk doa pd Allah bg hidayat pd diri kita dan umat seluruh alam. Daripada kisah di atas, kita perlu faham bahawa kita ini bukan sahaja umat ibadat (abid) tetapi kita umat daie iaitu kita beramal dan kita juga ajak orang lain kepada amal. Kita tak boleh pentingkan diri kita sendiri. Allah s.w.t berfirman :

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara mungkar (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah s.w.t. (Ali-Imran:110).

Jika dilihat di dalam persekitaran kampung kita atau taman perumahan kita, pusat Islam telah buat kajian dengan menyatakan bahawa hanya 20% sahaja yang menjaga solat. Dimanakah lagi 80% orang yang seagama dengan kita? Tambahan plak solat subuh ramai orang yang terlepas. Surau tak kala solah subuh sunyi sepi,...Ya Allah, kadang2 pagi aku sedih sepanjang hari apabila teringat ramai orang yang meruntuhkan agama. Takkan aku dan anda semua harus berdiam diri? Oleh itu, setiap hari kita perlu gerak untuk jumpa manusia mendakwahkan kepentingan kalimah toyyibah, solat, ilmu dan zikir, ikramul muslimin, ikhlas niat dan dakwah dan tabligh. Apabila kita selalu gerak atas maksud kerja dakwah, Allah s.w.t akan berikan kita fikir dan risau. Sehinggakan apabila kita berdoa utk hdyat diri sendiri dan umat kita akan menangis tatkala teringatkan amalan agama semakin ditinggalkan satu demi satu. Malah pd beberapa tahun yang lepas, kedengaran isu yang murtad. Kalau dulu kita dengar orang bukan Islam datang pejabat agama Islam utk masuk agama Islam tetapi beberapa tahun sejak kebelakangan ini terdengar orang Islam pergi pejabat agama Islam utk isi borang keluar daripada agama Islam. Astagfirullah.

Semua salah kita sbb kita main-main dalam usaha dakwah. Sbb tu setiap orang kena ada fikir dan risau terhadap umat bgaimana semua manusia dpt masuk syurga Allah s.w.t Daripada fikir dan risau ini lah, Allah s.w.t akan mengangkat darjat kita lebih tinggi berbanding malaikat dan makhluk Allah yang lain.

Dinyatakan bahawa seorang yang sibuk beribadat, sepanjang malam bersolat sunat dan sepanjang waktu siangnya berpuasa serta sibuk dengan berzikir adalah tidak mungkin dapat menyamai kelebihan seorang yang resah gelisah dalam memikirkan islam(memperbaiki) dan hidayat untuk orang lain. (Boleh rujuk surah an-Nisa ayat 95 hingga 96). Cuba kita tanya pada diri kita sendiri, apabila kita terlihat orang yang meninggalkan solat dengan sengaja atau melakukan maksiat pada Allah, adakah kita pernah berkerut dahi kerana risaunya kita? Kalau ada Alhamdulillah tetapi bagi yang tidak rasa apa2 dan menganggap bahawa cukuplah dia sahaja yang dapat beribadat pada Allah tanpa memikirkan orang lain, maka hendaklah difikirkan perkara ini.Tanda solat kita diterima antara salah satunya adalah apabila kita melihat orang yang meninggalkan solat, maka kita berkerut dahi kerana sedih dan risau.

Adakalanya kita tidak merasa risau tentang dosa-dosa kecil yang dilakukan. Orang yang membuat dosa kecil tetapi ia gembira, lama kelamaan akan menjadi dosa besar. Manakala orang yg membuat dosa besar, ia risau bimbang atas dosanya, Allah s.w.t akan memberi taufik untuk bertaubat. Rasulullah s.a.w adalah mualim tentang iman, orang yang tidak sedih apabila melakukan dosa, dia tidak akan ada taufik untuk bertaubat. Sebab tu penting kita mempunyai fikir dan risau terhadap iman dan amalan kita.

Setiap orang perlu ada fikir dan risau, macamana semua orang Islam dapat amal agama dengan sempurna dan orang bukan Islam masuk Islam. Nabi s.a.w tidak hanya fikir pada dirinya sahaja tetapi nabi s.a.w fikir untuk seluruh umat. Begitulah juga kita kena fikir dan risau seperti Nabi s.a.w yang mana kita mendakwa mengikuti dan mencintai baginda. Bayangkanlah semasa Nabi s.a.w hendak wafat pun , baginda s.a.w teringatkan akan umatnya....mulut Baginda menyebut "ummati, ummati, ummati..."

Untuk fikir, kita perlu fikir seluruh alam. Contohnya jika kita ingin membina rumah maka kita akan terfikir untuk membuat tingkap atau jendela dengan tujuan untuk peredaran angin masuk ke dalam rumah. Cuba kita besarkan niat kita itu iaitu kita bina tingkap supaya kta dpt mendengar suara utk solat berjemaah. Angin pun dapat, pahala pun kita dapat. Begitu juga, walaupun kita buat usaha maqami(usaha tempatan) , kita perlu niat dan fikir utk seluruh alam. Kita kena fikir bgaimana semua lelaki yang baligh dapat solat berjemaah di tempat yang diazankan, semua wanita dapat menutup aurat dengan sempurna dan anak-anak dapat mentaati perintah kedua ibu bapa. Perkara mcm ni kita perlu fikir dan risau selalu. Fikir sudah, risau sudah, so sekarang kena gerak buat usaha dakwah dengan sungguh-sungguh dan menjaga amal dan malam-malam usaha utk bangkit tahajud utk doa hidayat seluruh alam. Ingat kerja di siang hari (jumpa manusia hanyalah 10% dan kerja malam hari (tahajud, doa) adalah 90%. InsyaAllah semoga Allah s.w.t terima pengorbanan kita semua

Wednesday, May 5, 2010

IKHLAS NIAT KERANA ALLAH S.W.T

Ikhlas merupakan perkara asas dan natijah iman yang tinggi. Ia merupakan satu kedudukan yang tinggi dalam din dan akhlak para insan Rabbani. Allah tidak menerima satu amal atau perbuatan tanpa disertai keikhlasan.
Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus"
(Al-Bayyinah:5)
"Ingatlah hanya kepunyaan Allah din (cara hidup) yang bersih daripada syirik"
(Az-Zumar:3)
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia menyengutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya"
(Al-Kahfi:110)
Setiap muslim dituntut supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata’ala.
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya"
Dalam hadis riwayat Ahmad dijelaskan tentang kepentingan niat dan ikhlas serta implikasinya dalam realiti kehidupan (yang bermaksud):
"Barangsiapa menikahi wanita dengan mas kahwinnya, sedangkan ia tidak berniat memberinya, maka ia berzina. Dan sesiapa berhutang, sedangkan ia tidak berniat untuk membayarnya, maka ia adalah pencuri"
Al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan:
"Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap urusan dengan apa yang diniatkannya"
(Gambar hiasan)
(Gambar hiasan)
Muslim yang ikhlas dalam kerjanya akan terhindar daripada sombong, riyak dan mengharapkan penghargaan makhluk. Ali bin Abi Talib ra pernah berkata (yang bermaksud):
"Orang riyak itu memiliki empat tanda:
1. Malas ketika bersendirian
2. Bersemangat ketika berada di tengah manusia ramai
3. Bertambah amalannya jika dipuji, dan
4. Berkurangan amalan jika tidak mendapat pujian"
Pengertian Ikhlas
Ikhlas adalah salah satu daripada amalan hati. Maksud ikhlas ialah melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah, tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti keinginan hawa nafsu, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan, meminta pujian atau lari dari kejian, mengikut hawa nafsu tersembunyi atau lain-lain yang bukan kerana Pencipta. Orang yang iklas melakukan kerja-kerja semata-mata untuk taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala).
Mengikut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi ikhlas ialah:
"Menghendaki keredhaan Allah dengan suatu amal, membersihkan dari segala noda individu dan duniawi. Tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah dan demi hari akhirat. Tidak ada noda yang mencampuri suatu amal seperti kecenderungan kepada dunia, untuk kepentingan diri sendiri sama ada secara jelas mahu pun tersembunyi, menghendaki harta rampasan, syahwat, kedudukan, harta benda, supaya dihormati atau disanjungi oleh orang ramai, takut dicela, mengambil kesempatan di hadapan orang-orang tertentu, menyimpan rasa dengki yang tersembunyi, melayani rasa dengki tidak kelihatan, kesombongan yang terselubung, atau kerana alasan-alasan lain tidak terpuji, intipatinya ialah menghendaki selain Allah dengan suatu amal, siapa pun dan apa pun."
Landasan amal ikhlas ialah memurnikan niat kerana Allah semata. Maksud niat di sini adalah pendorong kehendak manusia untuk mewujudkan suatu tujuan yang dituntutnya. Maksud pendorong adalah penggerak kehendak (force drive) manusia yang mengarah kepada amal. Sedangkan tujuan pendorongnya amat banyak dan bermacam ragam. Ada yang bersifat kebendaan, kerohanian, bersifat individu atau sosial.
Muslim yang ikhlas adalah jika pendorong di dalam hatinya mengalahkan pendorong hawa nafsu dan kepentingan akhirat mengalahkan kepentingan dunia. Ia mementingkan apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di sisi manusia. Ia menjadikan niat, perkataan dan amalnya untuk Allah Subhanahuwata’ala (seperti solah, ibadah, hidup dan matinya adalah untuk Allah Subhanahuwata’ala, Rab sekelian alam). Inilah ikhlas.
Kepentingan Ikhlas
Abu Hamid Al-Ghazali dalam Mukaddimah An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq berkata:
"Dengan hujah iman yang nyata dan cahaya al-Quran, orang-orang yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti binasa kecuali orang-orang berilmu. Orang-orang berilmu pasti akan binasa kecuali orang aktif beramal. Semua yang aktif beramal akan binasa kecuali yang ikhlas"
Amalan tanpa niat adalah kebodohan. Niat tanpa ikhlas adalah riyak dan sia-sia. Allah Subhanahuwata’ala berfirman tentang amal yang dimaksudkan selain daripada-Nya akan menjadi sia-sia:
"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan"
(Al-Furqan:23)
Ada pendapat mengatakan bahawa ilmu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas. Kerja yang tidak disertai ikhlas, ibarat gambar yang mati dan tubuh tanpa jiwa. Allah Subhanahuwata’ala melihat hakikat amal yang ikhlas, bukan rupa dan bentuknya semata-mata. Dia menolak pelakunya yang tertipu dengan amalnya.
Dalam hadis sahih riwayat Abu Hurairah, daripada Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, baginda bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu."
(Riwayat Muslim)
Allah berfirman tentang orang-orang berkorban yang menyembelih haiwan yang bermaksud:
"Daging-daging dan darah itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi taqwa daripada kamulah yang dapat mencapai keredhaan-Nya"
(al-Hajj:37)
Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa ikhlas sangat penting kerana ianya adalah:
1. Asas iman dan Islam.
2. Garis pemisah sama ada amalan atau kera-kerja diterima atau ditolak oleh Allah Subhanahuwata’ala. Kerja yang diterima oleh Allah Subhanahuwata’ala mempunyai dua rukun iaitu:
a. Ikhlas atau niat yang betul.
b. Cara-cara beramal yang bertepatan dengan sunnah atau syara’.
Contoh-contoh amalan atau kerja yang bercampur dan tidak ikhlas semata-mata kerana dan kepada Allah Subhanahuwata’ala:
1. Menuntut ilmu dengan tujuan meningkatkan profesionalisma atau kerjaya atau dipandang mulia oleh masyarakat.
2. Mengajar atau berbincang-bincang tentang ilmu pengetahuan dengan tujuan mendapat penghormatan dari kalangan ilmuan, mempertajamkan pemikiran, kepetahan berbicara atau melepaskan diri daripada kesunyian.
3. Menziarahi pesakit dengan tujuan agar ia sendiri diziarahi jika ia sakit nanti.
4. Melakukan kebaikan dengan tujuan supaya ia dikenali sebagai orang baik, berhati mulia, disegani dan dihormati.
Kesimpulan
Allah Subhanahuwata’ala tidak menerima amal tanpa keikhlasan sebagaimana yang dikatakan oleh Sulaiman ‘Alaihissalam dalam al-Quran yang bermaksud:
"Ya Rab-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal salih yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih"
(An-Naml:19)
Allah Subhanahuwata’ala meredhai amalan yang baik jika disertai dengan keikhlasan, terlepas daripada syirik, sama ada kecil mahu pun besar, sama ada kelihatan mahu pun tersembunyi. Firman-Nya yang bermaksud:
"Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Rab-nya, maka hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rab-nya."
(Al-Kahfi:110)
Keikhlasan tidak akan sempurna kecuali dengan niat yang tulus semata-mata kerana Allah Subhanahuwata’ala dan terlepas daripada kecenderungan individu atau duniawi. Dalam erti kata lain manusia mestilah bergantung kepada Rab-nya. Hanya dengan cara itu Allah Subhanahuwata’ala akan memberinya kekuatan sebagai ganti kelemahan, keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.
Hanya keikhlasan dapat membantu manusia mengawal diri dan syahwat (atau keinginan) yang tersembunyi, kerana sesungguhnya keinginan yang tersembunyi itu lebih merbahaya daripada apa-apa yang kelihatan. Hendaklah setiap muslim melakukan sesuatu perkara tulus ikhlas kerana Allah Subhanahuwata’ala. Semua yang ada pada dirinya hanya untuk Allah Subhanahuwata’ala. Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala sesuatu."
(Luqman:22)

Monday, May 3, 2010

KESEMPURNAAN AGAMA




6 SIFAT SAHABAT NABI SAW




Secara Ringkasnya...
Agama disempurnakan dengan kedatangan Nabi SAW. Sehingga kiamat Allah SWT hanya redah dengan Islam sahaja. Enam sifat ini akan mewujudkan dalam hati setiap lelaki dan wanita untuk amalkan agama yang telah disempurnakan oleh Nabi SAW :
1.Kalimah Iman
Kata Maulana Ilyas rah. "Jika seorang itu belajar iman sampai mati pun ia tidak akan sampai ketahap yang tertinggi. Iman setiap orang juga tidak boleh kekal pada satu tahap sahaja. Ia akan turun naik bergantung pada usaha kita. Tahap yang tinggi akan dianugerahi oleh Allah SWT kekuatan amal agama".
Untuk tingkatkan iman :
Dakwah orang lain pada iman.
Dengar percakapan tentang iman.
Anggaplah kita fakir diantara orang yang fakir iman

Jika diamalkan, Allah SWT akan anugerahkan tahap iman yang membolehkan kita amalkan agama dengan sempurna.
2.Solat
Perintah yang paling penting. Cara penganugerahan solat pun begitu istimewa dari perintahNya yang lain. Untuk mendapatkan roh dalam solat :

Sedih dalam hati dan usahakan agar orang yang tidak solat supaya mengerjakannya.
Kesempurnaan dalam zahir solat dan batin solat. Zahir solat adalah segala syarat dan rukun solat dan batinnya iaitu penumpuan kepada Allah SWT. Dua tahap solat yang tinggi iaitu seolah-olah kita lihat Allah dan Allah tetap melihat kita.
Setelah selesai solat kita hendaklah syukur dan istighfar. Pada hakikatnya solat yang bermutu dapat cegah fashak dan mungkar dan wujudnya kekuatan untuk taat kepada Allah SWT

3.Ilmu dan Zikir
Ta'alim Fadhail memberi kekuatan untuk beramal. Dakwah perkara itu dan tetapkan masa untuk buat ta'alim rumah dan masjid. Zikir ini dapat menjauhkan kelalaian. Sekurangnya-kurangnya zikir pagi dan petang dengan istiqomah. Dakwahlah orang lain pada perkara mendatangkan kekuatan zikir.
4. Ikram Muslimin
Setiap orang mesti merasakan untuk menunaikan hak orang lain. Ini akhlak ummat ini. Dakwah orang lain pada perkara ini. Setiap umat Islam walau sehina mana pun tetap dihormati walau iman sebesar zarah yang wujud padanya, maka ikramlah ia dan akhlak akan wujud lalu orang kafir akan terkesan dengan sifat ini.
5. Ikhlas Niat
Ini adalah rahsia Allah SWT. Ia hanya datang dengan pengorbanan yang menghasilkan Iman. Periksa niat dalam hati kita masing-masing dalam mengamalkan agama walau sekecil mana pun amal dilakukan. Dakwah dan doa atas perkara ini.
6. Dakwah Tabligh
Membetulkan salah faham ummat atas hidup ini. Maksud hidup mereka bukanlah keperluan dan kesibukkan didunia ini tetapi maksud hidup yang sebenarnya : "Untuk mendakwahkan setiap manusia taat kepada Allah SWT dan diri kita juga kearah itu."
Kefahaman yang sebenar akan datang apabila kita mengorbankan segalanya untuk memajukan agama atas muka alam ini. Selepas itu barulah kita fikirkan tentang kesusahan kebendaan ummat dan keperluan diri sendiri. Kesusahan kebendaan ummat seperti menolong keluarga miskin, janda yang memerlukan bantuan, orang-orang yang lapar dan sebagainya. Pada hakikatnya keperluan agama lebih penting dari keperluan kebendaan. Untuk wujudkan ini semua, kita hendaklah buat usaha agama barulah Allah SWT beri kekuatan untuk amal agama.